Kawan Kita

Khamis, 30 Mei 2013

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN : langkah-langkah mencegah demam denggi

   Demam denggi penyakit yang disebabkan oleh nyamuk Aedes. Penyakit ini sangat berbahaya kerana boleh membawa maut. Oleh itu, kita harus mengambil langkah-langkah untuk mencegah demam denggi.

   Antara langkahnya ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Barang buangan seperti tayar buruk, tin kosong, tempurung kelapa dan bekas plastic yang menjadi tempat pembiakan nyamuk hendaklah dimusnahkan. Pasu bunga, bekas air dan sebarang bekas yang boleh menakung air perlu dibubuh ubat jentik-jentik atau ditukar airnya secara kerap untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes.

   Selain itu, kita hendaklah melindungi diri daripada gigitan nyamuk. Nyamuk biasanya keluar pada awal pagi atau lewat petang. Oleh itu, pakailah pakaian yang menutupi kebanyakkan bahagian tubuh apabila berada di luar rumah pada waktu itu. Pada bahagian tubuh yang terdedah, sapukan krim penghindar nyamuk.

   Di samping itu, kita boleh memasang jarring nyamuk pada tingkap rumah. Jaring ini dapat menhalang nyamuk daripada memasuki rumah. Di dalam rumah pula, gunakan ubat lingkaran nyamuk untuk mengelak daripada digigit nyamuk pada waktu malam.

   Seterusnya, kita hendaklah menghapuskan nyamuk dewasa. Kita boleh menggunakan penyembur nyamuk bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Di luar rumah pula, minta pihak berkuasa mengadakan semburan kabus untuk membunuh nyamuk.

   Kesimpulannya, usaha untuk mencegah demam denggi tidak harus diletakkan pada bahu pihak berkuasa sahaja. Semua anggota mayarakat hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah ini.

4 ulasan:

Unknown berkata...

simple, tpi ade gak mmbntu. thanks!

syahmi safwan berkata...

thanks for this useful contents.

ina berkata...

thanks,it can help for my home work :)

Unknown berkata...

i can use it for my hw bcs it so same of my hw ")